Monday 22 April 2013

KOLAGEN RAHSIA AWET MUDA?

KULIT gebu dan tegang, hidung mancung dan pipi yang montok menjadi impian kebanyakan sebahagian wanita. Kemudian, tanya pula pada mereka tentang kecantikan, semestinya jawapan yang diberi mereka ingin memiliki wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut.

Tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia kulit semakin kurang anja, kering dan kusam.

Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk mengekalkan awet muda dan keserian wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya adalah kolagen.
FOTO ::  UTUSAN MALAYSIA
"Terdapat 28 jenis kolegen dalam badan manusia dengan purata 30 hingga 40 peratus berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda selain fungsi berkaitan kesihatan tubuh.

"Kolagen penting untuk penjagaan wajah kerana jika kandungan kolagen dalam badan berkurang menyebabkan wajah tidak cantik seperti timbul masalah kedutan, jerawat, kulit tidak tegang dan sebagainya," katanya.

Artikel Penuh >>  UTUSAN MALAYSIA

RAHSIA RUMPAI LAUT

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

FOTO ::  BERITA HARIAN
Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Artikel Penuh >>  BERITA HARIAN

Tuesday 16 April 2013

AURA SHAKE (SLIM)


ANNOUNCEMENT!!!

Aura Shake will launching end of April 2013. Please stay tune for the price ^_^

But for right now, we open for Pre-Order before launching.

For more detail, you can leave your comment :-)


Friday 12 April 2013

PRODUK MINUMAN RUMPAI LAUT

Produk minuman? Ya, itu kali pertama saya mendengar bahawa ada minuman diperbuat daripada rumpai laut.  Mesti juga ada yang tertanya-tanya, minuman apa kan?

Jom kita ketahui minuman apakah yang diperbuat daripada rumpai laut???

Gambar ::  Hashim menunjukkan produk keluaran syarikat Fitrah Food
FOTO ::  KOSMO

SERDANG - Lazimnya rumpai laut atau agar-agar digunakan sebagai perisa kepada hidangan atau lauk yang dimakan bersama nasi.

Namun dengan konsep gaya amalan hidup sihat yang semakin meningkat, syarikat Fitrah Food Sdn. Bhd. (Fitrah) mengorak langkah melakukan inovasi bagi menghasilkan rumpai laut sebagai elemen utama dalam produk minuman.

Pengarah Urusan Fitrah, Hashim Muhammad berkata, minuman itu berkhasiat kerana ia kaya dengan iodin, vitamin B, C dan asid folik yang baik untuk kesihatan.

"Ia dikeluarkan dalam bentuk minuman tanpa sebarang pengawet bagi mengekalkan nutrien asalnya dan ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga kami terpaksa mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak bagi menampung permintaan yang tinggi," katanya ketika ditemui pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 di sini semalam.

Artikel Penuh >>  KOSMO.

MI SAYUR RUMPAI LAUT

Kalau baca tajuk diatas tu, mesti ramai yang tertanya-tanyakan, "Adakah mi yang diperbuat daripada rumpai laut?".  Mi apa ya?

Untuk tidak memeningkan pembaca, mari kita lihat dan baca artikel yang saya salin semula dari KOSMO.

Gambar 1 :  Patricia menunjukkan produk mi sayur rumpai laut hasil penyelidikan saintis UMS.
FOTO ::  KOSMO
MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.

Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.

“Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.

Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Gambar 2 ::   Green Caulepra Lentillifera
FOTO ::  KOSMO
Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.

“Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,” katanya.

Artikel Penuh >>  KOSMO

Thursday 11 April 2013

RM703 JUTA DILABUR USAHAKAN TANAMAN KOMERSIAL RUMPAI LAUT

KOTA KINABALU: Pelaburan komersil bagi mengusahakan rumpai laut di Sabah kini berjumlah RM703 juta yang menyediakan 13,000 pekerjaan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, ini dapat dicapai berikutan percambahan industri rumpai laut di pantai utara dan timur Sabah di mana airnya ideal bagi tanaman itu dan ia secara tradisinya dimakan oleh komuniti yang tinggal di bahagian pantai.

"Rumpai laut juga kini dikenal pasti sebagai komponen penting Bidang Ekonomi Utama Negara bagi pertanian," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Sains dan Nutrisi Antarabangsa di sini, malam tadi.
FOTO ::  SAYS.COM

Artikel Penuh >> BERITA HARIAN



KAJI RUMPAI LAUT

PENUBUHAN Institut Penyelidikan Rumpai Laut Negara tahun depan dijangka memberi peluang institusi pengajian tinggi (IPT) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) masing-masing dalam usaha mengukuhkan industri berkaitan dalam usaha memaksimumkan pengeluarannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penubuhan itu dijangka menggalakkan penyelidikan yang sekali gus meningkatkan pembangunan teknologi sepanjang rantaian nilai pengeluaran produk berkenaan.

Industri rumpai laut negara kata beliau, memerlukan usaha sama pintar antara universiti dan industri supaya ia dapat dijana secara lestari.
FOTO ::  BERITA HARIAN
Setakat ini, beliau berkata, industri itu hanya bertumpu di Sabah dan pengeluarannya dilaksanakan secara tradisional sedangkan potensinya sangat besar.

“Justeru, penubuhan institut ini menguatkan pembangunan teknologi rumpai laut sekali gus memperluaskan kawasan industri ini di seluruh negara,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan Rumpai Laut antara Jabatan Perikanan dan empat IPT.

Artikel Penuh >>  BERITA HARIAN

RUMPAI LAUT IBU KOLAGEN?

Rumpai Laut Ungu dan Kuning adalah rumpai laut berkualiti tinggi dari Semporna, Sabah dan telah pun digunakan dalam industri kosmetik, penjagaan kulit, makanan ringan dan lain-lain.

Ia telah dikeringkan terlebih dahulu dan siap sedia digunakan sebagai terapi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran.

Produk yang sangat diperlukan dan dikehendaki oleh orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan penampilan tubuh dan dalaman yang terbaik dalam pasaran ketika ini.
FOTO :: SAYS.COM

FOTO :: SAYS.COM

FOTO :: SAYS.COM
Rumpai Laut (Seaweed) Ungu dan Ungu ini adalah spesis Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Rumpai Laut jenis ini mempunyai jumlah kepekatan kolagen yang tinggi dan juga dikenali sebagai Pure Marine Collagen.

Baca selanjutnya di SAYS.COM

BANGUNKAN MINI ESTET RUMPAI LAUT

Sabah sememangnya dikenali sebagai salah sebuah negeri yang memiliki hasil laut yang amat baik di Malaysia.

Malah, ia juga merupakan negeri utama yang mengeluarkan rumpai laut di negara ini.

Justeru, bagi meningkatkan produktiviti serta melonjakkan industri ini di peringkat antarabangsa pengukuhan serta peningkatan teknologi amat diperlukan.

Menyedari tanpa perkembangan teknologi yang bersesuaian, kemungkinan besar industri rumpai laut negara yang diterajui oleh negeri Sabah akan semakin merosot tindakan awal telah dirintis oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Justeru, baru-baru ini, institusi berkenaan telah menandatangani Perjanjian projek Estet Mini Rumpai Laut antaranya bersama 11 syarikat peneraju didalam industri tersebut.
FOTO :: UTUSAN ONLINE
Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd. Johari Baharom, perjanjian tersebut adalah untuk perlaksanaan Projek Permulaan Ke Tiga (EPP 3) di bawah Bidang Ekonomi Utama (NKEA) bagi sektor Agro Makanan.

"Perlaksanaan EPP 3 ini adalah berdasarkan kepada model pembangunan yang diterajui oleh syarikat swasta dengan sokongan teknologi yang disediakan oleh UMS.

Artikel Penuh >>  UTUSAN MALAYSIA

HASILAN RUMPAI LAUT


Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru yang sedang dimajukan untuk memberi pendapatan kepada nelayan khususnya di Sabah.

Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) projek rumpai laut merupakan sebahagian daripada pembangunan industri akuakultur selain udang laut sebanyak 21 peratus, ikan laut (tujuh peratus), kerang-kerangan (50 peratus), lain-lain sebanyak satu peratus.

Industri rumpai laut disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau peratusan sumbangan sebanyak 21 peratus.

Foto ::  UTUSAN ONLINE
Memandangkan industri rumpai laut dilihat sebagai satu sumber ekonomi yang boleh membantu nelayan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut.

Artikel Penuh >>  UTUSAN ONLINE

Wednesday 10 April 2013

BERITA TENTANG PURE MARINE COLLAGEN

Mari kita lihat apakah kata akhbar mengenai RUMPAI LAUT, atau lebih dikenali sebagai Pure Marine Collagen @ PMC ^_^

1.  POTENSI RUMPAI LAUT

2.  RUMPAI LAUT BERKESAN RAWAT PENYAKIT JANTUNG

3.  PRODUK RUMPAI LAUT DIJANGKA MENINGKAT

Hebatkan penangan Rumpai Laut ini. Apa tunggu lagi? Keputusan ditangan anda.

Pesanan ::  Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati ^_^

INFO HEALING CRISIS AND POSSIBLE CAUSE OF PMC


Have you ever experienced the symptoms such as sneezing, drowsiness, headache and  after practicing Pure Marine Collagen?

Like me, since I practice the Pure Marine Collagen or PMC drink, I had joint pain in muscles, fever, changes in menstrual cycle and so onI know the possible causes is like in the picture below:-

You can check the symptoms you are experiencing and find out the cause of your problem ^_^ 

Picture below shows the difference between the skin containing collagen peptides and less collagen peptide.

Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

Tuesday 9 April 2013

YOUNG & VIBRANT WITH PURE MARINE COLLAGEN


Do you want to look YOUNG & VIBRANT without INJECTION?  I think many people who want to have beautiful skin, young & vibrant without injection.  Me too ^_^

As we all know, sometimes injection destructive & harmful to usWe can see what happens to those who take this facial injections (I know, you know ^_^).  Beautiful initially...lifelong ugly...money FLY!!! 

Say NO for INJECTION!!!

Back to our title... YOUNG & VIBRANT WITH PURE MARINE COLLAGEN.  Let we see what Pure Marine Collagen can prove tor us:-
PMC Is not more precious than the injection?  Think..think...and thinking...you will know the answer ^_^

Friday 5 April 2013

TIP KECANTIKAN MENGGUNAKAN RUMPAI LAUT


1.  REKAHAN TUMIT KAKI

Air rendaman semalaman rumpai laut itu jangan dibuang kerana ia boleh menghilangkan rekahan tumit.  Letakkan kami kita ke dalam besen dan rendamkan kaki selama 30minit dan cuci (Air tadi boleh dibuang).


2.  MASALAH KELEMUMUR DAN RAMBUT GUGUR

Gunakan air rendaman semalaman @ air rumpai laut yang sudah dimasak. Sapukan pada kulit kepala anda dan biarkan seketika selama 10-20minit. Kemudian, bilas sehingga bersih. Kulit kepala anda akan menjadi lebih segar dan lempab.  Selain itu, ia juga membantu menyuburkan pertumbuhan rambut anda.

** Tidak perlu beli produk yang mahal-mahal untuk mengatasi masalah kelemumur rambut anda :-)


Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT


BERIKUT ADALAH CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT (100g)
CARA PENYEDIAAN NO. 1 & 2
1.   Kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman

2.   Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.

CARA PENYEDIAAN NO.3
3.   Sekiranya masih berbau hanyir , boleh rendam 2-3 jam dengan air perahan limau. Ia seperti mencuci ikan , sama ada nak hilangkan bau hanyir dengan ramas dengan tepung gandum pun boleh dan cuci , ramas dengan cuka pun boleh atau dengan air beras ( Bagi saya, air beras yang terbaik ^_^ )

CARA PENYEDIAAN NO.4


4.   Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2 Liter air selama 15-30 minit serta daun pandan.  Agar bau hanyir akan jadi seharum bau pandan.

CARA PENYEDIAAN NO.5
5.   Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku).

6.   Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.  Ambil beberapa sudu (max 3 sudu) setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. (saya akan post kemudian gambar tersebut)



Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

INFO KESAN PENGAMBILAN RUMPAI LAUT


Dibawah berikut merupakan Kesan Pengambilan Rumpai Laut pada badan kita:-


+  Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon

+  Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan

+  Memejalkan payudara, otot dan punggung

+  Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid

+  Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur

+  Mengurangi selulit

+  Memberi tenaga

+  Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang

+  Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis

+  Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot

+  Merawat penyakit gout

+  Mencegah kanser / tumor

+  Menurunkan tekanan darah tinggi

+  Meningkatkan fungsi penghadaman / pencernaan, merawat gastrik

+  Anti bakteria / kulat

+  Merawat anemia

+  Menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh

+  Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)

+  Melicin, menegang dan menghaluskan kulit

+  Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut

+  Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit, menyembuhkan luka

+  Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)

+  Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas

+  Memberi rasa kekenyangan (diet)

+  Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit / buasir) 


Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

INFO KEISTIMEWAAN RUMPAI LAUT


Dibawah ini, kita akan melihat apakah Keistimewaan Rumpai Laut:-
*  Kaya dengan Omega 3 yang akan membuat kulit kenyal dan kencang.

*  Merawat masalah kulit.

*  Iodine yang terdapat didalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (Kelenjar thyroid membengkak)

*  Mengencangkan / melicinkan kulit

*  Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic.  Contoh, makanan yang menggunakan konsep ini adalan Onigiri dan Sushi.

*  Penuh dengan collagen

*  Kenapa sifat alkali dalam rumpai laut itu tinggi?  Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai didalamnya mencukupi untuk keperluan manusia.  Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya juka dibandingkan dengan sayur daratan yang lain.  Antaranya ialah, kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine dan zinc.

*  Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan / sayur darat.  Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.

*  Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

*  Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai agen detox.  Terdapat komponen didalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.

*  Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet.  Pil diet tersebut mampu membuat kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

*  Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai sejak berzaman lagi.

*  Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. 


Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note