Friday 5 April 2013

CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT


BERIKUT ADALAH CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT (100g)
CARA PENYEDIAAN NO. 1 & 2
1.   Kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman

2.   Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.

CARA PENYEDIAAN NO.3
3.   Sekiranya masih berbau hanyir , boleh rendam 2-3 jam dengan air perahan limau. Ia seperti mencuci ikan , sama ada nak hilangkan bau hanyir dengan ramas dengan tepung gandum pun boleh dan cuci , ramas dengan cuka pun boleh atau dengan air beras ( Bagi saya, air beras yang terbaik ^_^ )

CARA PENYEDIAAN NO.4


4.   Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2 Liter air selama 15-30 minit serta daun pandan.  Agar bau hanyir akan jadi seharum bau pandan.

CARA PENYEDIAAN NO.5
5.   Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku).

6.   Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.  Ambil beberapa sudu (max 3 sudu) setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. (saya akan post kemudian gambar tersebut)



Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

0 comments:

Post a Comment