Friday 5 April 2013

INFO KEISTIMEWAAN RUMPAI LAUT


Dibawah ini, kita akan melihat apakah Keistimewaan Rumpai Laut:-
*  Kaya dengan Omega 3 yang akan membuat kulit kenyal dan kencang.

*  Merawat masalah kulit.

*  Iodine yang terdapat didalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (Kelenjar thyroid membengkak)

*  Mengencangkan / melicinkan kulit

*  Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic.  Contoh, makanan yang menggunakan konsep ini adalan Onigiri dan Sushi.

*  Penuh dengan collagen

*  Kenapa sifat alkali dalam rumpai laut itu tinggi?  Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai didalamnya mencukupi untuk keperluan manusia.  Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya juka dibandingkan dengan sayur daratan yang lain.  Antaranya ialah, kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine dan zinc.

*  Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan / sayur darat.  Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.

*  Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

*  Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai agen detox.  Terdapat komponen didalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.

*  Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet.  Pil diet tersebut mampu membuat kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

*  Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai sejak berzaman lagi.

*  Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. 


Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

0 comments:

Post a Comment