Friday 5 April 2013

INFO KHASIAT RUMPAI LAUT




1.  Buang Toksin dan Bahan Radikal Bebas
Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira 15%.  Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga (3) bulan akan mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

2.  Menurunkan Tahap Kolestrol
Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolestrol dan juga memperbaiki pengedaran darah.  Ia juga dikatakan menggantikan garam dengan rumpai laut yang telah dikisar halus dalam makanan, amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

3.  Mencegah Kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kaser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makanan seharian.

4.  Meningkatkan Metabolisme
Ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolise, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan dan berkalori.

Alganate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh.  Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

5.  Merangsang Sistem Pertahanan Badan
Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes.  Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan didarat.  Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium. Ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan "hot flushes" yang berlaku pada wanita menopause


Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

0 comments:

Post a Comment