Friday 12 April 2013

MI SAYUR RUMPAI LAUT

Kalau baca tajuk diatas tu, mesti ramai yang tertanya-tanyakan, "Adakah mi yang diperbuat daripada rumpai laut?".  Mi apa ya?

Untuk tidak memeningkan pembaca, mari kita lihat dan baca artikel yang saya salin semula dari KOSMO.

Gambar 1 :  Patricia menunjukkan produk mi sayur rumpai laut hasil penyelidikan saintis UMS.
FOTO ::  KOSMO
MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.

Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.

“Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.

Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Gambar 2 ::   Green Caulepra Lentillifera
FOTO ::  KOSMO
Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.

“Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,” katanya.

Artikel Penuh >>  KOSMO

0 comments:

Post a Comment