Friday 12 April 2013

PRODUK MINUMAN RUMPAI LAUT

Produk minuman? Ya, itu kali pertama saya mendengar bahawa ada minuman diperbuat daripada rumpai laut.  Mesti juga ada yang tertanya-tanya, minuman apa kan?

Jom kita ketahui minuman apakah yang diperbuat daripada rumpai laut???

Gambar ::  Hashim menunjukkan produk keluaran syarikat Fitrah Food
FOTO ::  KOSMO

SERDANG - Lazimnya rumpai laut atau agar-agar digunakan sebagai perisa kepada hidangan atau lauk yang dimakan bersama nasi.

Namun dengan konsep gaya amalan hidup sihat yang semakin meningkat, syarikat Fitrah Food Sdn. Bhd. (Fitrah) mengorak langkah melakukan inovasi bagi menghasilkan rumpai laut sebagai elemen utama dalam produk minuman.

Pengarah Urusan Fitrah, Hashim Muhammad berkata, minuman itu berkhasiat kerana ia kaya dengan iodin, vitamin B, C dan asid folik yang baik untuk kesihatan.

"Ia dikeluarkan dalam bentuk minuman tanpa sebarang pengawet bagi mengekalkan nutrien asalnya dan ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga kami terpaksa mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak bagi menampung permintaan yang tinggi," katanya ketika ditemui pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 di sini semalam.

Artikel Penuh >>  KOSMO.

0 comments:

Post a Comment