Friday 5 April 2013

PENGENALAN RUMPAI LAUT

Rumpai laut mempunyai Iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
Gred AAA (Ungu) merupakan antara pilihan utama masyarakat cina sejak sekian lamanya dalam penyediaan juadah seperti sup.  Ia memiliki kandungan khasiat yang amat tinggi berbanding rumpai Gred AA (Kuning).  Ia terlebih dahulu diternak di Negara Jepun sebagai makanan ruji kaum penduduk di sana.

Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.  Ia turut memiliki banyak Vitamin dan Mineral penting untuk tubuh seperti Kalsium, Magnesium, Potasium, Vitaman B6, B12, C, A, Omega 3 dan Antidioksida.

Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit / buasir.

Esktrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber Iodine, Zink, Besi, Kalium, Tembaga, Magnesium dan Kalsium.

1.  RUMPAI LAUT GRED AA (KUNING)
**  Kandungan kolagen mentahnya sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan memberi kesan kepada nilai kecantikan anda.

**  Lebih kepada fungsi kecantikan kulit luaran.

2.  RUMPAI LAUT GRED AAA (UNGU)
**  Kandungan zat galian didalam rumpai ungu sangat bermanfaat untuk membasmi bakteria, masalah sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.

**  Lebih kepada merawat masalah kronik seperti sakit jantung, gout, strok dan sebagainya.



Nota:  Setiap gambar yang ada watermark "FromMyNote" adalah kepunyaan From My Note
Note:  Each watermark image "FromMyNote" belong From My Note

0 comments:

Post a Comment